Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera kepada semua . Mula2 sekali missy ingin mengucapkan terima kasih kepada korang yang sudi meluangkan sedikit mase utk bace blog missy ini . thank you very much . oke lah . berbalik pade tajuk kt ats iaitu ttg apakah dosa bg orng2 yg meninggalkan solat ? Orang Islam yang meninggalkan solat tiada perbezaan dengan orang kafir , yakni mereka sama2 tidak bersembahyang , sujud kepada Allah .
ramai orang cakap , berdosa besar kamu , kalau kamu tidak sembahyang , terutamanya kepada yang sudah matang dan akhir balil . missy pon thu . memang berdosa besar bagi kita , umat Islam yang meninggalkan sembahnyang tanpa sebab . tp missy jugak tertanya2 apakah dosa yang dimaksudkan itu . jadi missy search lah kat satu site ni . and cari pasal tajuk ni . mari kita bace same2 yea . =)
Org2 yg meninggalkan sembahyang fardhu dgn sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa & akan dibalas dgn azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yg brmksud :
"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".
Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:
Sembahyang Subuh
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun. Nauzubillah . .
Sembahyang Zohor
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
Sembahyang Asar
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
Sembahyang Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
Sembahyang Isya'
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..
· enam perkara di atas dunia
· tiga perkara sewaktu hendak mati
· tiga perkara sewaktu di dalam kubur
· tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan
Enam perkara seksaan di atas dunia
· Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
· Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
· Tiada dipelihara baginya agama Islam
· Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
· Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
· Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya
Tiga perkara sewaktu hendak mati
1. Dimatikan dalam kehinaan
2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
3. Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun
Tiga perkara sewaktu dalam kubur
1. Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
2. Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
3. Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
"Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"
"Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"
Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.
Astaghfirullahalazim . ya Allah , takutnye . sungguh dahsyat dosa2 bg org yg meninggalkan sembahyang dgn sengaja . jnauzubillah . . ampunkan segale dosa2 kami , ya Allah . jadi pengajarannye di sini ialah jangan sekali kali kita sebagai umat Islam meninggalkan solat tanpa sebab . Allah itu Maha Besar , Maha Berkuasa . Dunia ini adalah milikNya . Allah merupakan satu2nya Tuhan yang ada . Kita wajib beriman kepadaNya . Laksanakan semua perintahNya dan tinggalkan segale laranganNya . sesungguhnya , hidup , mati , jodoh , kejayaan , keberkatan , kebahagiaan , kekayaan terletak kepadaNya . wahai kawan2 semua , to all the readers , wujudnya kita semua pada hari ini ialah kerana Allah . semua yang kita lakukan adalah dengan niat kerana Allah . jangan cakap sy poyo . anda semua sedar bahawa itu semua adalah kenyataan yang betul . dengarlah kate hati kecil kamu . kerana kdg2 kate2 hati kecil kite itu ialah kata2 yang sebenar yang akan menyeru kepada kebaikan . masih ade lagi waktu utk kite berubah . belum terlambat lg utk kita melakukan perubahan ke arah yang lebih baek . so ,start from now , guys . tinggalkan segale perkara yang buruk itu . bertaubatlah . semoga hidup kita akan sentiasa diberkatiNya . Amin . . . .


